Saturday, August 1, 2009

Mari tani belajar dua (2) Pepatah Melayu

Aku mendapatnya dari Buku Poket - Pepatah Melayu Bergambar untuk Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Iqra Publications. Isinya bagus untuk tani belajar kerana ada pepatah melayu ani yang jarang tani dangar dan tau akan maksudnya. 1) Bergalah ke hilir ketawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau maknanya : Sesuatu perkara yang dilakukan perlu kena pada tempatnya supaya orang lain tidak mengambil kesempatan atau diketawakannya. 2) Berjalan Pelihara Kaki, Bercakap Pelihara Lidah maknanya: Fikirkan semasak-masaknya apabila membuat sesuatu perbuatan, tindakan atau keputusan supaya tidak mendatangkan masalah. Bah atu saja untuk kali ani...jumpa lagi

No comments:

Post a Comment