Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 11, 2009

Thursday, August 6, 2009

Sajak : DULUR SAJA TAH

Dulur Saja Tah
Apa Yang Kan Kau Mau
Malas Dah Ku Kan Mikir
Sakit Saja Pala Ku....
Kalau Dulu Semuanya Baik-Baik Saja
Ndadakan Di Ingau Ani Bah
Ndadakan Di Kusut Ani Bah
Karang Ani Antah Ah
Semua Tah Salah....
Dui Napa Kan...
Karang Ani Sakit Tah Jiwa Ulehnya
Kan Menanggis Ndada Tah Jua Aying Mata Ani
Kan Beterais Ndada Tah Ada Gunanya...Sarut Saja Leher
Adui...
Macamani Tah Saja Kali
Abis-Abis Mikir
Sanyam Tah Ku Saja
Biar Tah Luka Di Ati Ani Bedarah Benanah
Mun Sangal Beranti Jua Ya Tu...

Monday, August 3, 2009

Saturday, August 1, 2009

Mari tani belajar dua (2) Pepatah Melayu

Aku mendapatnya dari Buku Poket - Pepatah Melayu Bergambar untuk Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Iqra Publications. Isinya bagus untuk tani belajar kerana ada pepatah melayu ani yang jarang tani dangar dan tau akan maksudnya. 1) Bergalah ke hilir ketawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau maknanya : Sesuatu perkara yang dilakukan perlu kena pada tempatnya supaya orang lain tidak mengambil kesempatan atau diketawakannya. 2) Berjalan Pelihara Kaki, Bercakap Pelihara Lidah maknanya: Fikirkan semasak-masaknya apabila membuat sesuatu perbuatan, tindakan atau keputusan supaya tidak mendatangkan masalah. Bah atu saja untuk kali ani...jumpa lagi

Doa Memohon Kesembuhan Dari Penyakit

Wednesday, July 29, 2009

Monday, July 27, 2009

Hai semua...pa kabarnya ari ani? Mudah-mudahan jua sihat walafiat hendaknya dan u all dilindungi Allah sentiasa Aaaamin. Hari Khamis 23 Julai tu patang aku ke Jabatan Majlis Mesyuarat Negara kerana ada latihan mengenai dengan Sambutan Isra' Mi'raj bagi Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang dikendalikan oleh Jabatan kami..ok jua lah tersusun..dan ari banarnya pada hari Sabtu, 25 Julai jam 2.00 petang.. kami jawatankuasa kerja baik laki-laki dan bini-bini memakai pakaian warna hitam..hmm lawa jua sal hitam itu menawan.. Kemarin Ahad jam 6.30 aku sama huby ke Damuan, saja mengeluarkan paluh bah...5 round jua uleh kami tapi bejalan kaki saja..banarnya aku ni setiap Jumat/Ahad dan hari-hari cuti awam yang lain memang tah ke Damuan tu..ia macam satu kemestian tah plang bah. Hari ani 27 Julai aku bepuasa lagi..dan tadi pagi jam 9.30 aku e ke Hospital RIPAS melawat ngangah yang lapas dari O.T dan aku balik jam 11 pagi. Tadi ku disana ada my bro jua yang menjaga ngangah dari awal pagi udah dan ia balik jam 10.30 pagi tadi. Atu ja serba ringkas untuk hari ani..Wassalam.

Wednesday, July 22, 2009

Wah Julai Udah

Dui rupanya baru ku takanang kan meng update blog ani...tluan banyak kan dikrajakan bah. Hari ani aku puasa ganti..so ndakan difikirkan apa kan di makan tengahari ani. Huby dan amahku pun puasa jua ganya Akmal saja nda puasa. Aku nda jua ingau banar pasal anak ku sorang atu nda banyak ulah, lebih suka makan nasi goreng atau mee goreng. Hari ani ia exam dan doaku mudah-mudahan ia lulus cemerlang Aaamin. Antah ah...batah ku befikir di dapan PC ani apa kisah/cerita kan ku sampaikan untuk dikongsi besama u all. Au ah Bulan ani 17hb bapa bday yang ke 63 tahun..kami anak-anaknya dan menantu- menantu jua cucu membuat doa kesyukuran di rumah. Kami panggil dua tiga orang peradian bapa menyambut bday atu...Malam tu kami sediakan 1 kek dan hehehe bapa meniup lilin tah jua mcm anak kemanakan ku menyambut bday sebelum atu..tapi sebelum ia meniup lilin Ustaz Nordin membaca Doa jua...Kami berdoa semoga bapa akan sentiasa diberi kesihatan oleh Allah SWT agar dapat menunaikan segala suruhan Nya...dilindungi selalu dan hidup bahagia bersama mama, kami anak-anaknya dan jua cucu-cucunya Aaaaminn. Becerita pasal aku ani...hmm masa ni aku batuk dan selesma tapi ukan flu babi eh..dijauhkan jua dari penyakit najis ah hehehe..tadi sebelum masuk ofis aku bcheck dah di kaunter bawah, nda panas nda jua sajuk..dan diberi hadiah percuma satu kertas bulat betampal di baju menunjukkan me udah beperiksa dan dibenarkan masuk...color nya lagi striking tu..

Wednesday, March 11, 2009

gambar

Doa Harian

Wednesday, March 4, 2009

Happy 46th Birthday to Huby

Selamat Hari Lahir yang ke 46 tahun buat suami dan babah yang disayangi. Kami mendoakan semoga Babah akan sentiasa dilindungi Allah jua diberikan kesihatan yang baik especially kaki yang bakas patah atu..sesungguhnya apa pun musibah yang menimpa pasti ada hikmah disebaliknya..setiap ujian yang diberikan Allah hadapilah dengan tabah. Usulnya ndada chance hari ani kan membintih b'day boy ani pasal tadi tengahari nda cukup masa kan minta belanja bah dan malam ani lagi huby ada jemputan di majlis Dikir Maulud. Bah atu ja untuk ari ani..

Tuesday, February 24, 2009

Ceta Ngangah dan my fren

Pada 22hb. (Hari Ahad) awal me bangun kira-kira kul 5 sal kan ke apot mengantat ngangah kan treatment ke Singapore. Dalam jadual penerbangan ke Singapore jam 8 pagi. Diorang turun dari kampong kul 6.30 pagi. Me sampai ke apot kira-kira jam 6.45 besama dengan huby, anak dan amahku pun ku bawa. Waktu kami sampai, peradian me semua dah datang jua. Masa di apot kami sampat jua membaca doa selamat untuk ngangah. Malam sebelumnya pun di rumah, kami membaca doa jua untuk ia. Tadi menelefon me ke Singapore betanya kabar diorang dan me becakap sama Indra dan Ngangah Tijah. Diorang semua sihat-sihat ja dan gitau ngangah esok lagi ke Hospital... Kemarin 23hb. (Hari Isnin Hari Kebangsaan NBD) me sekali lagi ke apot jam 6.45 pagi antat my fren yang jua berubat ke Singapore. Sunyi ja apot pagi atu...dan my fren di antar oleh 3 anaknya, her mom, aunty dan sepupunya. Kami beceta ja pagi tu dan bila saat kan berpisah me sampat pasan ia supaya jaga diri dan jumpa lagi nanti.

Saturday, February 21, 2009

Sekadarkan bekongsi cerita dan doakan jua ah..

Pada hari khamis, 19hb. pagi kul 10 me ke Kelinik Ong Sum Ping ada hal sikit pas selesai me mengambil huby di tempat kaja untuk membawa ia ke Kelinik Gadong sal kurang sihat. Ia dapat cuti sakit sampai hari ani, 21hb. Petangnya me ada janji dengan kawan lapas balik kaja. Sahabat lama semasa sama kaja dulu. Kami minum di kawasan Gadong. Ia gtau akan ke Singapura pada isnin ani, 23hb. terabang sebalah pagi, banarnya kawan me ni mengidap breast cancer bah. Di sini buat operation dah dan chemotheraphy udah. Kesian me kan ia nampak pucat saja tapi me suruh ia tabah menghadapi semua dugaan ani. Doa me mudahan ia sembuh dan riang seperti dulu Aaaamin. Me suruh ia besemangat bah demi anak-anaknya yang masih damit. Malamnya (19hb) me ke rumah peindungan di kampong ada majlis doa selamat kan my aunty (ngangah) yang juga kan ke Singapura berubat pada 22hb. ani. My aunty ni cancer jua. Kami sekeluarga menunaikan sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak jua. Yang ikut mendangani ke Singapura ani nanti my aunty sama anaknya nurul dan my two brothers. Me dan suami serta anak mendoakan mudah-mudahan ngangah akan sembuh dari penyakit ani Aaaamin Aaaminn Ya Rabbal Alamin...

Thursday, February 19, 2009

Doa Harian

Wasiat Rasulullah SAW

ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan : Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana Baginda telah bersabda : 1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu : “1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam" Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?" Baginda menjawab :"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

Wednesday, February 18, 2009

Monday, February 16, 2009

Gambar lagi bersama rakan setugas

BACA JANGAN TAK BACA

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dariapi (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..) 4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..) 6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.... ." Sirahnya apabilaNabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai..orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Saturday, February 14, 2009

' Wanita Cantik Yang Suka Menanggis'

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya 'Mengapa engkau menangis?' 'Kerana aku seorang wanita', kata sang ibu kepadanya. 'Aku tidak mengerti', kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, 'Dan kau tak akan pernah mengerti' Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, 'Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?' 'Semua wanita menangis tanpa alasan', hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, 'Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?' Allah berfirman: 'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ' 'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ' 'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ' 'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ' 'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ' 'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu' 'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.' 'Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.' 'Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya ' tempat dimana cinta itu ada.'

Thursday, February 12, 2009

Wednesday, February 11, 2009

Assalamualaikum

Ari tu bekobar-kobar dah semangat kan buka blog ni semula..skali tup tup nda tah jua belaku. Semua kerana pada 02 till 07 Feb me kena kursus...pastu besambung tah lagi taklimat hari Isnin 09 till 12 Feb ani..apa pun diterima jua kerana semua atas urusan pejabat. Pada hari Jumaat, 06 Feb jam 2.30 ptg me menghadiri majlis Sambutan Awal Thn Baru Hijriah 1430 dan kepulangan Haji bagi persatuan kami. Ramailah jua jemputan pada petang atu panuh jua kem. Tetamu Kehormat ialah YDP persatuan kami. Majlis tu jua menjemput salah seorang penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah. Alhamdulillah pada petang atu cuaca baik. Bah atu ja untuk kali ani...

Saturday, January 31, 2009

Selamat Berjumpa Kembali

Assalamualaikum semua.....membuka blog tah me semula ni...